Tag Archive: melayu


mimpi jadi nyata…

Sejauh manakah harus ku mencari
Maksud cinta kita yang bagaikan mimpi
Kau zahir bila bulan menemani
Kau sirna bila terbitnya mentari

Ku khayal dalam belaianmu
Ku lalai melihat senyummu
Ku terjaga ingin ku kejar
Ku kecewa kerna kau tiada

Tetap ku nanti dengan setia
Butir pasir berkumpul di bawah
Di saat itulah mimpi jadi nyata
Dan bertemu rupa dengan wajah.

- fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.clueless© designs HERE
.events HERE
.3 quotes daily HERE

dream

Perjuangan sama di hati
Kenikmatan sama di raih
Kemenangan sama di nanti
Keindahan seni di Alunan Kasih~

AKPoster4

AK banenr copy

Alunan Kasih adalah sebuah pertandingan cipta lagu buat tahun yang ke dua kalinya buat penggiat seni muzik tempatan.

Gumbira pula merupakan sebuah syarikat rakaman Singapura yang diterajui oleh Imran Ajmain dan telah ditugaskan untuk bekerjasama demi menyemarakkan lagi Alunan Kasih 2009 ini.

Peserta harus hantarkan hasil ciptaan dalam bentuk demo lagu dan lirik atau lirik sahaja, dalam bahasa Melayu dan bertemakan Menyanjung Kaum Hawa.

10 lagu terbaik akan dinyanyikan oleh Imran Ajmain, Fauzie Laily, Hyrul Anuar, Maiya Rahman dan peserta finalis Anugerah 2009.

Inilah peluang keemasan anda untuk menonjolkan bakat dan kebolehan anda dan lagu ciptaan anda bakal dijadikan single artis tempatan!

Borang penyertaan boleh didapatkan di halaman web ini, Berita Harian bertarikh 2 dan 9 haribulan Mei dan halaman web rasmi di gumbira.com/alunankasih

AlunanKasih_poster

kias cik buyung

Alif
Titik sebagai tapak permulaan
Ku pohon keizinan penuh keikhlasan
Berikan ku peluang sekadar berjalan
Di atas kertas bukan cendawan
Moga terbuka gerbang hati dan kalis mata menawan;

Lampu
Menjadi obor sejati orang mencari
Menjadi alat di pentas tunjukkan kehebatan diri
Tapi perlukah ianya menjadi mesti?
Teringat aku pesanan guru di pagi hari
Biar gerak dalam gelap, tak payah tonjolkan diri
Bila gaduh datang berpuak, bila perang semua lari;

Mimpi
Sebuah cerita yang hanya buat seketika
Ada yang membuat tangisan, ada yang tertawa
Tapi semua berakhir tatkala terbuka mata
Menarik tapi tak kekal, apakah maksudnya
Adakah itu hidup, ataupun itukah kita…?

-fadly.ahmad

Paradox

sebelum lupa

“Murid-murid, sila salin nota buat hari ini sebelum lupa…”

Merahnya tekadmu mewarnakan kalam
Memancarkan wajah-wajah yang berupa-rupa dalam kesatuan
Menyanyilah.. la..la..la.. bersajaklah.. la.. la..la..
Biar kau capai ku dalam pendakian
Bila sampai nanti kitakan berkumpul
Lalu terbuka cerita lama terbongkarlah rahsia di setiap wajah
Menyanyilah.. la..la..la.. bersajaklah.. la.. la..la.. buailah.. la.. la..la..

Cintaku
Kau perhatikan perjalananku
Kau perhatikan kalbu yang berdegup
Setiap nafas adalah engkau, setiap nama, setiap dambaan
Dan aku serahkan tubuh ini buatku terima arahan baru
Selagi belum aku pergi, selagi belum aku lupa lagi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,847 other followers