ekor biri biri…

Empat kali empat
Nampak sangat kau mengira
Apa kita dapat
Mungkin bukan kita punya

Berbaris ayat suara ritma
Erat budaya bahasa bersepah
Lagu dinyanyi sedap didengar
Ada gurauan ada sumaah

Sambil menulis otak melukis
Bersembang bukan berperang
Ayat disusun dirasa manis
Ritma dan puisi terus berkembang

Ini sekadar pena melatah
Senyum lah sahaja jangan gelabah…

-fadly.ahmad

sampling

hanya rekaan semata-mata…

Intai-intai jenguk-jenguk
Dalam diam dia selit
Ada bayang balik tembok
Kepala terhantuk dahi perit
Kalau kena pada tempat
Otak cepat dapat baca
Tapi kalau kurang tepat
Hanya rekaan semata-mata
Ada samar ada ketara
Siapa kelindan siapa jarum
Ini sekadar bersuka-ria
Kalau berkenan sila senyum.

-fadly.ahmad

janganpuja

[auto-imported from fadlyahmad.com]

 

Indah

Seindah katamu membuat aku
Terasa sempurna tiada ragu
Engkau bagaikan bidadariku
Indahnya dunia ku disampingmu
Tiada kata dapat ku ungkapkan

Chorus
Izinkanlah aku menjadi
Pemuja perjuangan kamu
Mengisi ruang hidupku
Bak cahaya

Disini aku berjanji
Selagi bernyawa jasadku
Engkaulah teman hidupku
Selamanya

Engkau wanita yang aku rindu
Setiap masa dan setiap waktu
Suara merdumu membuat aku
Terasa bagai didalam syurga
Sekilas wajahmu buatku gila

Chorus
Izinkanlah aku menjadi
Pemuja perjuangan kamu
Mengisi ruang hidupku
Bak cahaya

Disini aku berjanji
Selagi bernyawa jasadku
Engkaulah teman hidupku
Selamanya

Ohh

Bridge
Biarpun separuh pelangi
Engkaulah warna hidupku
Akanku hargai hingga akhirnya

Chorus
Izinkanlah aku menjadi
Pemuja perjuangan kamu
Mengisi ruang hidupku
Bak cahaya

Seindah katamu membuat aku
Terasa sempurna tiada ragu

Sang by:
Imran Ajmain

Written / Composed by:
Rifaah Ridzuwanulhakim / Imran Ajmain / Fadly Ahmad

Arranged by:
RAFIKONCEPT

Video Animation by:
Pic Me Motion
https://www.facebook.com/picmemotion

 

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.com]

cer citer…

Salam sejahtera kepada semua
Selamat Hari Raya dan moga ceria
Saya singgah sebentar ingin bercerita

Cerita dari pelbagai pengalaman
Ada yang dari hasil perkongsian
Ada dari intipan lubang di dinding papan

Cerita tentang peranan kita di social media
Ada yang bercerita ikut perangai kita
Ada yang bercerita ikut perasaan kita
Bila menaip bermaharajalela
Bila berjumpa tak kena gaya

Cerita dengan pantas berleluasa
Dikongsi dikomen tanpa usul periksa
Disebarkan umpama satelit kita yang punya

Cerita yang keluar semakin serabut
Tok Selampit semakin semput
Tukang Karut semakin mengarut

Cerita tentang orang haruslah dijaga
Jangan suka buka pekong di dada
Jangan kata orang kalau kita pun tak suka
Jagalah agama, adat dan budaya
Jagalah tatasusila moga sempurna

Cerita ini rekaan semata
Tak ada yang kena-mengena
Tak orang tak kita

Cerita sudahpun berakhir
Minta diri sementara perlu masa untuk berfikir
Minta maaf atas segala kesalahan yang zahir
Saya meminta agar senyuman ikhlas terukir.

-fadly.ahmad

5

kita pastikan…

Adat semakin usang
Akal semakin kurang
Namun kita pastikan kemuliaan

Mengungkit semakin lazim
Mengumpat semakin zalim
Namun kita pastikan keikhlasan

Jiwa semakin lemah
Nyawa semakin murah
Namun kita pastikan keikhsanan

Keganasan semakin berleluasa
Kemanusiaan semakin tak kuasa
Namun kita pastikan kedamaian

Puisi semakin meroyan
Pembaca semakin bosan
Namun ku berharap tetap terpatri senyuman…

-fadly.ahmad

image_t6

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Cemburu

Cemburu apa yang kau mahu
Sudah pun kau ragut pelita hati ku
Curiga sudah pun melanda
Sebutlah niat mu sebelum tersilap

Sudah kau langgar keseimbangannya
Jadi kita semua telah terdusta

Chorus
Pergilah bagai badai yang berlalu
Jangan termusnah mahligai pasir ku
Sesungguhnya ditakdirkan dia buat ku
Pergilah kau jauh
Jauh dari hidupku

Musibah dalam bentuk manusia
kau hadir menuntut hak milik (bukan kau punya)
Hidup kelak tergendala
Harus ku bersihkan sisa bencana

Sudah kau ubah jalan ceritanya
Jadi kita semua tertanya-tanya

Chorus
Pergilah bagai badai yang berlalu
Jangan termusnah mahligai pasir ku
Sesungguhnya ditakdirkan dia buat ku
Pergilah kau jauh
Jauh dari hidupku

Bridge
Andainya kau tempatkan dirimu di langkahku
Mampukah kau mempertahankan apa yang kau mahu

Chorus
Pergilah bagai badai yang berlalu
Jangan termusnah mahligai pasir ku
Sesungguhnya ditakdirkan dia buat ku
Pergilah kau jauh
Jauh dari hidupku

Cemburu apa yang kau mahu
Sudah pun kau ragut…

Sang by:
Hyrul Anuar

Written / Composed by:
Imran Ajmain / Fadly Ahmad

Artwork by:
Rauzan Rahman

Image

Listen here! https://play.spotify.com/album/6srMk61V18qouGCRqEHWQu #NowPlaying

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

pandangan sang helang…

Mungkin sang helang riang di hati
Semakin hari semakin meninggi
Mungkin ada yang iri hati
Semakin tinggi semakin sendiri

Mungkin sang helang lupa daratan
Setelah dikelilingi putihnya awan
Mungkin ada yang dirahsiakan
Setelah langit dapat ditawan

Mungkin sang helang tersenyum sendiri
Kita persoalkan pandangan sang helang
Tak pernah nampak salah sendiri
Sibuk mencari salah orang…

-fadly.ahmad

sang helang

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

episodic epistle ep.2

Kelengkeng berkait janji diberi
di balik telunjuk kini sembunyi
disalahkan pula diri sendiri
tapi bersama terkena belati
sedia akur akan perbezaan
setia patuh tidak sehaluan
setuju mengerti bersefahaman
tapi tetap terbitnya alasan
mungkin keadaan sedang menguji
kadar setia tahap kesabaran
masih kukuh tetap berdiri
selagi hati tetap berkenan
mungkin tiba masanya nanti
diri ikhlas beri kemaafan
masih bermukim masih di sini
selagi belum terpijak garisan

.                                                        cut to:

seikhlas hati…

Ucapkan selamat pagi
Sila sabar jangan meradang
Jemput minum kopi
Kita duduk sambil bincang
Buat diri sendiri
Soalan tetap diulang

Kalau tangan tanam padi
Kenapa mulut kunyah lalang?
Kalau pagi dah berus gigi
Kenapa petang bau longkang?
Kalau puji diri sendiri
Kenapa mengumpat pasal orang?
Kalau sendiri taknak rugi
Kenapa malas berat tulang?
Kalau bela anak merpati
Kenapa harapkan garuda yang terbang?

Bila ada rasa iri
Tarik nafas dengan tenang
Bila buat seikhlas hati
Ganjarannya tetap datang
Bila tiba masanya nanti
Pengiktirafan tanpa diundang
Bila sudah baca nanti
Berfikirlah secara matang
Bila rasa geli hati
Senyumlah sorang-sorang…

-fadly.ahmad

tanampadi

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

moga ranum…

Selamat diucapkan pada semua yang baca
Selamat tahun baru dan salam sejahtera
Selamat berjumpa lagi dengan luahan tanpa suara
Moga beruk turun takhta, cigak bukan penggantinya

Pena masih menari, tinta masih warna warni
Ilham masih dicari, minat masih lagi terpatri
Telinga kanan dan kiri, masih mendengar bunyi
Moga mata yang melihat tidak buta pada hakiki

Sambil tenung tembok, sambil pandang udara
Sambil cari bahan, sambil cari idea
Sambil cari teman untuk bincang jujur dusta
Moga jangan sampai jadi sikap sambil lewa

Ada kawan bersedih, ada kawan ketawa
Ada kawan memberi kesan yang paling ketara
Ada kawan baru, ada kawan lama
Moga kita juga jadi kawan yang sempurna

Takut kena langgar, takut jatuh saham
Takut salah ajar, takut salah faham
Takut nak keluar, takut siang malam
Moga tak takut belajar agar nanti tak karam

Ingatkan dah dekat, dah boleh campak sauh
Rupanya salah tempat, rupanya masih jauh
Badan pun dah penat, tubuh dah berpeluh
Moga masih larat, moga tak mengeluh

Dengan ikhlas kita baja, dengan tekun kita jaga
Moga ranum… moga harum… hendaknya.

– fadly.ahmad

beautiful-sunrise

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]